(SERAM) " 'Benda' Tu Ada Duduk Kat Belakang Cikgu.. " -Budak Istimewa !

loading...

Bendatu Ada Duduk Kat Belakang Cikgu-Budak Istimewa



Kisah seram ini benar benar kenyataan yang dialami oleh seorang cikgu bernama Katrina.pernahkan anda mendengar “pendamping” ada sesetengah orang percaya sesetengah orang pula tidak percaya,namun beliau berkata dia percaya sebab terjadi didepan matanya sendiri.
Kejadian ini berlaku beberapa tahun lepas dimana beliau menjadi cikgu sandaran di sekolah area Taiping selepas mengahabiskan pengajian,dari sinilah kisahnya bermula dimana cikgu ini dikatakan memiliki murid Oku yang juga merupakan anak jirannya yang memiliki pendamping.
Masa tu sekitar tahun 2009. Aku baru habis diploma kat UiTM.So lepas habis dip, tak tahu nak kerja apa. Konon nak rilek dulu taknak kerja lagi. Tapi mak aku offer kerja jadi cikgu sandaran kat sekolah kat area Taiping. Masa tu aku duduk kat Taiping. Mak aku kerja Pejabat Pelajaran Taiping masa tu. Beliaulah yang hantarkan resume aku semua. Jadi, bekerja lah aku kat sekolah rendah kat Taiping sebagai cikgu sandaran selama 6 bulan.
Aku ditempatkan kat kelas pendidikan khas. Ajar budak-budak istimewa lah maknanya. Seronok walaupun mencabar. Nak dijadikan cerita, dalam kelas yang aku mengajar ni ada anak jiran rumah aku sekali dalam kelas tu. Dia budak lelaki umur masa tu 9 tahun macam tu. Dia budak disleksia. Jadi dia macam keliru keliru sikit peelnya. Aku kenal mak ayah dia sebab jiran aku. Kisah mistik bermula dari budak ni lah… aku gelarkan dia Angah.
Disebabkan mak Angah ni tahu aku ngajar kat kelas anak dia, mak dia akan suruh aku bawak balik Angah ni bila time habis sekolah. Aku ok je sebab rumah kitaorang sebelah aje. Memang rutin aku bawak balik Angah ke rumah. Pergi sekolah dia naik van.
Suatu hari tu, aku lepak ngan cikgu-cikgu dalam bilik guru. Cikgu-cikgu khas ni lah. Ada sorang cikgu ni bukak cerita pasal Angah. Yang mengatakan Angah ni suka bercakap sorang-sorang. Macam halusinasi gitu. Memang aku pun perasan. Even kat rumah pun aku selalu nampak dia main sorang-sorang, cakap sorang-sorang tapi gaya macam bercakap dengan kawan pulak. Aku pernah tanya, dia cakap cakap ngan kawan dia. Aku geleng kepala ajelah sebab faham situasi dia yang istimewa tu. Maybe dia just berkhayal kan.
Rupanya bila diselidik, dia mengaku ‘kawan’ dia tu memang ada dengan dia. Setiap masa. Cikgu-cikgu pun risik lah benda tu dengan Angah. Angah ni pun selamber lah cerita pasal ‘kawan’ dia tu. Dia kata kawan dia nama Lung. Tinggi. Lelaki. Pakai baju putih seluar hitam. Muka putih aje. Suara nyaring. Tu semua ciri-ciri Lung yang Angah ceritakan. Cikgu-cikgu and aku yang dengar macam kata, memang budak ni imagine je ni…
Lepas tu ada sorang cikgu lelaki nama dia Cikgu Azmi. Cikgu ni boleh baca ayat bukak hijab tu. So dia nak kepastian cerita si Angah ni betul, dia pun try la baca ayat tu dan nah kau ! Memang cikgu Azmi ni nampak sebijik Lung yang macam Angah describe tu. Cikgu Azmi tu datang kat kitorang dan tunjukkan tangan dia yang tegak bulu- bulu semua sebab dia boleh nampak Lung tu. So memang Angah ni tak berkhayal ke apa. Memang real menda macam ni wujud.
Aku bila dapat tahu macam tu, cuaklah. Sebab Angah ni balik rumah dengan aku. Uwaaa! Nak nangis rasa. Sebab aku dah tahu ada mende ghaib macam ni kat sekeliling aku. Memang sesapa pun takleh nak elak rasa takut tu.
Si Angah ni pulak bila dia tahu orang tahu pasal Lung, dia dah tak kisah kalau orang tanya tanya. Kadang cikgu-cikgu pun sukalah sangat tanya dia, “Angah, kawan hang mana?” Selamber jugak si Angah ni jawab, “Tu ada kat tandas”. Ok… mende macam tu memang duduknya kat tandas.
Masa aku nak balik, Angah pun ikutlah kan. Dalam kereta, dalam rasa cuak-cuak tu aku tanya Angah, kawan dia ada tak. Dia jawab ada kat belakang. Aku sengih aje tengok side mirror. Tapi ofkos lah aku tak nampak apa-apa kan. Patutlah selama ni aku perasan, Angah ni perangai dia bila nak masuk kereta aku, dia bukak pintu and dia hold pintu tu kejap. Lama sikit baru dia masuk. Rupanya dia bagi Lung tu masuk kereta aku dulu. Selama 6 bulan aku bawak Lung tu jugak naik kereta aku.
Aku amik keputusan nak tanya hal ni kat mak si Angah. Mak dia pun bagitahulah aku yang memang betul Angah ni memang ada kawan yakni pendamping tu. Si Lung tu lah. Mak dia pernah berubatkan si Angah untuk buangkan Lung tu. Tapi Angah pulak sakit teruk masa Lung takde. So, Lung tu datang balik untuk berdamping kembali bersama Angah. Baru Angah tu sembuh. Aku tak tahu macam mana keadaannya. Tapi mak dia cakap, mak dia biarkan aje sebab Lung tu tak pernah apa-apakan Angah selama ni.
Cuma sometimes, kalau abang si Angah ni buli Angah, Lung ni akan tolong usik balik abang Angah tu. Macam tak logik kan, tapi memang tulah kenyataannya. Mak dia yang confess dan abang Angah sendiri pun akui. Dorang macam lali tapi takleh nak buat apa-apa.
Aku yang tahu ni lagilah. Tak duduk diam kat rumah. Seminggu aku tidur bukak lampu sebab takut punya pasal. Nak-nak pulak bila Angah kata Lung boleh tembus dinding. Erkkk! Senang je dia nak tembus dinding rumah jiran aku tu ke dinding rumah aku.
Mak aku pun dapat tahu cerita ni. Mak aku tanya jugak kat Angah kalau Angah tu datang hantar kuih mak dia kirim. (mak dia rajin masak and hantar rumah jiran. Angahlah tukang hantarnya). Mak aku tanya Angah, kawan hang ikut sekali tak? Angah akan jawab, ikut. Ni kat sebelah. Mak aku telan air liur je sambil ambik kuih. Lama-lama terbiasa. Cuma kadang-kadang kitorang akan rasa sedikit terganggu bila nampak Angah ni. Sebab kita tahu, dia ada mende yang mengikut.
So now, aku pun dah tak duduk kat area tu lagi since aku dah kawin and ikut suami aku pindah KL. Tapi si Angah still macam dulu dan ada si Lung yang ikut dia. Mak aku cakap, mende macam ni akan ada ngan kita sampai kita kawin. Tu pu kalau dia nak lepaskan kita.
Kalau jenis jin yang jeles, susah kita nak berjodoh. moralnya memang ada pendamping ni dengan kita. Kita tahu dengan tak tahu aje. Iman dan taqwa je dapat sekat kemaraan mende-menda macam ni.– Cikgu Katrina
loading...

0 Response to "(SERAM) " 'Benda' Tu Ada Duduk Kat Belakang Cikgu.. " -Budak Istimewa !"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close